AURORA CAFE

Rajah 1

Aurora cafe terletak di jalan pantai Sura, Kampung Sura Jeti, Dungun yang merupakan kedai makan yang berasaskan kampung melayu. Aurora cafe juga menjual makanan dan minuman serta kuih-muih yang sedap dan menarik. Sebagai contoh, mereka menjual makanan seperti mee kari, laksa kuah putih, bihun goreng alola dan mereka juga menjual makanan ringan dan kuih yang menarik seperti keropok lekor, puding caramel, pulut gaul nyor. Selain itu, mereka juga menjual makanan english seperti pasta, chicken wings, dory fillet burger dan lain-lain. Aurora cafe beroperasi pada hari setiap hari kecuali hari rabu dan beroperasi pada pukul 9 pagi sehingga 7 malam. Mereka beroperasi pada waktu pagi kerana kebiasaannya pelanggan akan memcari makanan yang berat dan ingin bersarapan dengan keluarga dan pelanggan yang pergi bekerja. Suasana di Aurora cafe juga menunjukkan ketenangan dan harmoni kepada pelanggan yang ingin melepak bersama rakan dan keluarga untuk meluangkan waktu bersama. 



 
Rajah 2

Sebagai contoh, gambar diatas menunjukan suasana yang redup dan tenang dapat memberi ketenangan kepada pelanggan dalam menjamu makanan mereka. Selain itu, angin yang sepoi-sepoi juga dapat memberikan suasana yang tenang kerana kedai Aurora cafe terletak dihadapan kawasan pantai. Oleh itu, Aurora cafe menjadi tarikan saya dan pelanggan yang lain untuk makan dan melepak disana bersama rakan dan keluarga. Aurora cafe juga telah didatangi oleh permaisuri Terengganu iaitu permaisuri Sultanah Nur Zahirah. Selai itu, kedatangan artis dan atlet negara seperti Dato Azizulhasi Awang dan Hairulazreen ke Aurora Cafe. Di samping itu, Aurora cafe mula beroperasi pada akhir tahun 2021 dan mula berkembang sehingga sekarang. Aurora Cafe juga terlibat dalam festival kopi di Kerteh dan Dungun. 


Aurora Cafe mempunyai main menu dan kuih tradisional yang menarik. Main menu yang ditawarkan oleh Aurora Cafe ialah mee kari sambal kerang, Nasi kari tengiri, nasi goreng ikan, laksa putih, dan laksam. Kesemua makanan ini menjadi popular di kalangan pelanggan tidak kira muda atau tua. Namun begitu, makanan yang saya paling suka ialah mee kari sambal kerang kerana mereka mempunyai mee yang banyak dan segala isi di dalam mee kari tersebut mereka tidak kedekut dan setiap satu hidangan mangkuk mee kari boleh dimakan satu atau dua orang. Mereka juga mempunyai kuih tradisional seperti sagu gula melaka, puding caramel yang agak popular di kalangan orang muda, lompat tikam dan lain-lain. Kuih yang menjadi kesukaan saya ialah sagu gula melaka dan lompat tikam kerana keunikan rasa kuih tersebut memberi nostalgia kepada saya. Oleh itu, saya memberi cadangan kepada pelancong yang ingin datang ke Dungun Terengganu "cubalah datang ke Aurora Cafe untuk merasai keunikan rasa makanan tradisional Terengganu".










Comments

Popular posts from this blog

KEDAI KOPI KUALE

KOPI KUALA DUNGUN