KEDAI KOPI KUALE

 

Rajah 1

    Kedai Kopi Kuale terletak di belakang kedai buku Ariffin dan kedainya di tepi jalan. Tempat letak kenderaan agak terhad tetapi makanan dan minuman disini sangat sedap. Kedai ini tidak sama dengan kedai Kopi Kuala Dungun dan mempunyai kelainan antara dua kedai ini. Pemilik antara kedai Kopi Kuale dan Kopi Kuala juga lain dan perbeza. Kedai Kopi Kuale ini menyediakan pelbagai jenis makanan cina dan minuman kampung. Kepada pelanggan yang peminat mee dan kudapan roti boleh datang ke Kopi Kuale kerana mereka menyediakan makanan yang sedap dan setiap hidangan mempunyai keunikan yang berbeza dan menarik. Pelanggan di Kopi Kuale kebiasaanya ialah warga emas dan orang muda serta berkeluarga. Kedai Kopi Kuale beroperasi pada pukul 7.30pagi sehingga 2petang. Kedai Kopi Kuale menggunakan konsep sarapan pagi dan tidak buka pada waktu petang. 


Rajah 2


    Kedai Kopi Kuale merupakan sebuah kedai yang kecil dan telah menjadi destinasi penduduk Dungun untuk menikmati secawan kopi tetapi telah menjadi tempat untuk berkumpul bersama keluarga dan membuat jaringan sosial bersama rakan-rakan.Suasana dikedai kopi Kuale yang santai dan mesra memberi kenikmatan kepada pelanggan mereka. Pekerja di Kopi Kuale juga mesra dengan pelanggan dan harga setiap hidangan agak keras tetapi sedap. Mereka menawarkan mee kicap kuale,mee rebus kuale, bubur kuale serta dumpling sup atau goreng. Mereka juga mempunya pelbagai jenis roti seperti roti sengkaya, roti bakar, dan roti goyang . Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai jenis aneka minuman yang sedap dan manis seperti kopi kuale float, bandung float,teh hijau float, lemon soda float, sirap soda float, kopi cham, dan kopi butter. Kopi Kuale memberi kelainan dari segi makanan yang merupakan makanan tradisi kaum cina. Hal ini dapat menarik minat penduduk setempat di Kuala Dungun untuk mencuba sarapan di Kopi Kuale bersama keluarga dan rakan. 


Rajah 3

    Sistem penghantaran makanan di Kopi Kuale sangat laju dan sistematik kerana mereka mempunyai pekerja yang ramai dan mesra. Suasana di Kopi Kuale juga memberi imbauan kenangan lama dan makanan mereka juga memberi tarikan kepada pelanggan untuk mencubanya. Selain itu, makanan dan minuman disini kesemuanya sedap dan lazat dari segi mee kicap kuale, mee rebus kuale dan dumpling sup. Apabila musim hujan sangat memberi kenikmatan dalam merasai kelazatan pada makanan tersebut dengan sup yang panas bersama mee rebus yang cukup rasa dapat menambah kenikmatan semasa makanan. Di samping itu, hirup bersama secawan kopi panas yang berlemak dapat mendatangkan kerinduan untuk ingin mencuba lagi makanan dan minuman di Kopi Kuale. Kepada pelancong yang ingin datang ke Dungun Terengganu jangan lupa singgah ke kedai Kopi Kuale yang terletak di belakang kedai Pustaka Ariffin dan kedainya ditepi jalan raya. 


Rajah 4













Comments

Popular posts from this blog

AURORA CAFE

KOPI KUALA DUNGUN