KOPI KUALA DUNGUN
Rajah 1
Kopi Kuala Dungun merupakan kedai makan yang menjual kopi kampung dan makanan yang menarik serta mempunyai rasa yang berbeza dengan kedai kopi yang lain. Nama asal Kopi Kuala ialah Kopi Pondok sebelum mempunyai kedai. Kopi Kuala beroperasi di tepi jalan dan mereka membuat konsep "Drive-Tru" pada tahun 2021. Kedai kopi kuala Dungun terletak di kampung cina dan suasana kedai yang klasik dan menarik telah memberi tarikan kepada orang ramai. Pelanggan tertarik dengan suasana kedai Kopi Kuala Dungun dan kebanyakan pelanggan di kedai Kopi Kuala dari setiap umur dan semua bangsa tidak kira melayu, cina, India dan pelancong yang dari negara lain. Kedai Kopi Kuala mempunyai menu special sepeti english breakfast, lontong, mee soto dan pelbagai lagi makanan yang menarik. Selain itu, mereka juga menjual air special seperti kopi kuala, kopi klasik dan kopi kopi pondok. Kesemua kopi kampung ini diperbuat daripada kopi kampung dan mempunyai rasa yang berlemak dan manis. Namun begitu, terdapat juga pelanggan kopi kuala yang tidak menyukai air kopi tetapi mereka boleh membeli air selain air kopi seperti matcha, green tea nisan, chocolate dan peach tea.
Rajah 2
Selain itu, Kedai Kopi Kuala juga mempunayi menu baharu seperti mee kuala dan nasi goreng ikan. Hal ini kerana, nasi goreng ikan merupakan nasi yang berasal daripada negeri Terengganu. Kedai Kopi Kuala telah membuka dua cawangan di Kuala Dungun dan Kuala Paka. Di samping itu, Kopi Kuala juga mempromosikan kedainya di media sosial seperti aplikasi TikTok dan Instagram. Mereka juga telah ditemuduga oleh TV3 Malaysia untuk program nona kerana kedai yang klasik dan makanan yang menarik. Kopi Kuala juga mempunyai produk sendiri dan dijual melalui siaran langsung di aplikasi TikTok. Nama produk Kopi Kuala ialah Kuala Bakes yang menjual sea salt cookies premiun.
Walaubagaimanapun, Kopi Kuala juga membuka pada bulan puasa dan dibuka untuk moreh dari pukul 4 petang sehingga 12 malam. Menu semasa pada bulan puasa ialah keropok lekor, satar goreng, dumpling goreng, nasi lemak kerang atau bilis, classic cheese burger dan grilled chicken burger. Kebiasaannya, pelanggan akan mencari makanan dan minuman yang ringan untuk makan pada moreh. Makanan ini dijadikan kerana dapat menjadikan makanan yang kudap-kudap semasa berkumpul seperti berkumpul dengan kawan-kawan dan keluarga. Kopi Kuala juga membuat studio untuk mengambil gambar dan studio ini terletak diatas kedai kopi Kuala. Kebiasaanya, pelanggan akan membuat tempahan untuk bergambar sebelum hari raya. Hal ini dapat menarik perhatian pelanggan kerana selepas mengambil gambar bersama keluarga mereka akan makan atau minum sebelum pulang. Kopi Kuala juga beroperasi pada pukul 8.30 sehingga 6 petang dan dibuka pada hari isnin sehingga rabu kecuali selasa.

.jpeg)

Comments
Post a Comment