JUNECAFE


Jun Cafe merupakan kedai yang menjual pelbagai minuman dan pencuci mulut. Jun cafe merupakan kedai yang kecil tetapi sangat tenang dan minuman disini sangat sedap. Cafe ini berhadapan dengan pantai dan pelanggan akan menikmati pemandangan yang cantik dan tenang sambil minum kopi. Lokasi Jun Cafe ialah Jalan Pantai Sura dan bersebelahan dengan kedai Skymaze. Jun Cafe amat popular dikalangan pelajar Uitm Dungun kerana kedainya juga berada berdekatan dengan Uitm Dungun. Selain itu, pelanggan yang minat dengan minuman kopi dan matcha boleh mencuba dan merasai di Jun cafe. Di samping itu, pelanggan yang ingin melepak dengan rakan dan keluarga juga boleh datang ke Jun Cafe kerana mereka telah menyediakan ruang dan tempat duduk di hadapan kedai di bawah pokok dengan suasana yang tenang dan berangin. Mereka mula beroperasi pada tahun 2025 dan tutup pada hari selasa. Mereka juga beroperasi pada pukul 4 petang sehingga 11malam.



Terdapat pelabagi jenis air yang disediakan di Jun Cafe iaitu Spanish latte, latte, mocha,matcha,coklat dan lain-lain. Pelanggan yang menyukai "coffee" boleh mencuba minuman disini. Berdasarkan gambar diatas ini adalah minuman spanish latte yang dipahit dan juga dimanis. Kebiasaanya kedai cafe yang lain membuat spanish latte agak manis kerana sesetengah pelanggan tidak suka kepahitan jadi mereka agak membuat manis tetapi di Jun Cafe rasa sangat seimbang manis dan pahit. Harga secawan spanish latte berharga RM12 bersamaan 16oz. Selain itu, bukan peminat kopi juga boleh mencuba choclate kerana air chocolate yang dugunakan di Jun Cafe bukan chocolate yang murah tetapi rasa yang mahal dan berlemak serta tidak pahit. Namun begitu, peminat matcha juga boleh mencuba air matcha yang berada di Jun Cafe. terdapat pelbagai matcha yang disediakan seperti matcha latte,matcha starwberry,matcha oat side dan matcha raspberry. Walaubagaimanu, Jun cafe mempunyai kedai yang kecil tetapi tetap ramai pelanggan yang menyokong mereka. 



Suasana kedai yang tenang dan memberi pandangan hadapan pantai menyebakan ramai pelanggan yang menyokong mereka untuk sentiasa menjual minuman dan pencuci mulut. Sesetengah pelanggan yang datang ke Jun Cafe untuk mengambil suasana yang tenang untuk membuat assignment atau kerja kerana suasana yang tenang dan boleh menikmati minuman mereka dengan baik sambil membuat kerja. Cahaya di Jun Cafe juga memberi pencahayaan yang menarik terhadap kedai mereka untuk menarik minat pelanggan serta kedainya juga dikatakan sebagai "aesthetic" dikalangan pelanggan yang berumur 20 tahun keatas. Sesetengah pelanggan mereka tidak kira muda dan warga emas dapat menikmati minuman di Jun Cafe bersama keluarga dan rakan. Angin yang bertiup sepoi-sepoi dapat menambah ketenangan di kedai Jun Cafe Pelanggan yang pencinta coffee boleh datang ke Jun Cafe untuk menikmatinya.











 

Comments

Popular posts from this blog

AURORA CAFE

KEDAI KOPI KUALE

KOPI KUALA DUNGUN