SENGJAKALA X KOPI SAIGON

    Sengjakala merupakan kedai gabungan kopi saigon mereka menggunakan konsep gabungan untuk menarik pelanggan. Mereka membuat kelainan yang tidak semua kopi saigon mempunyai cafe di dalam. Sebagai contoh, kopi saigon kebiasaanya merupakan kedai minuman yang menjual kopi kampung dan air yang lain. Dahulu sengjakala tidak wujud lagi sehingga lah pada tahun 2025 pemilik kopi saigon di Dungun menciptakan kelainan dengan menggabungkan Kopi saigon dan sengjakala. Hal ini pelanggan dapat menjamu makanan dan minuman di Kopi Saigon x Sengjakala. Dengan gabungan ini memberi keunikan kepada Kopi Saigon dan dapat menarik minat pelanggan untuk singgah ke kedai. Selain itu, waktu beroperasi Kopi Saigon dan Sengjakala adalah berbeza. Sengjakala cafe beroperasi pada pukul 1 petang sehingga 10 malam dan pada hari ahad Sengjakala Cafe tidak beroperasi tetapi Kopi Saigon sentiasa beroperasi walaupun Sengjakala Cafe tutup pada hari ahad. Kopi Saigon juga melakukan pembukaan pop-up booth seperti waktu perkahwinan dan pelbagai peristiwa seperti hari kemerdekaan dan moreh. Minuman Kopi Saigon menarik minat pecinta coffee yang menyukai kopi kampung yang berlemak dan manis. Selain itu, mereka juga mempunyai minuman yang menarik seperti matcha , yogurt, coklat dan lain-lain. Sengjakala x Kopi Saigon terletak di bandar Sura Gate Dungun bersebelahan dengan Pak Gembus. 


Rajah 1

    Menu istimewa yang disediakan di Sengjakala Cafe ialah pelbagai jenis chicken chop, chicken tenders, pasta dan salmon. Bagi saya sebagai pelanggan saya lebih menyukai chciken chop kerana mereka menyediakan pelbagai rasa dan sos yang menarik seperti buttermilk chicken chop dan pasta saya menyukai pasta creamy tomyam kerana pasta ini mempunyai rasa seafood yang kuat dan setiap gigitan pasta dapat merasai tomyam. Sesetengah kedai menghidangkan tidak sama dengan nama menu yang ditawarkan tetapi Sengjakala Cafe memberi kelainan terhadap pasta tersebut. Dalam hidangan pasta Tomyam tersebut mempunyai Udang yang besar, sotong, dan Kupanng dan setiap hidangan mempunyai hiasan yang cantik serta menarik dan harga berpatutan dengan yang diberikan. Di samping itu, harga di Sengjakala Cafe berpatutan dengan hidangan yang diberikan kerana sesetengah kedai makan tidak sama dengan hidangan yang diberikan. Namun begitu, Sengjakala Cafe juga mempunyai suasana yang tenang dan eksklusif sehingga pelanggan yang datang ke Sengjakala membuat mesyuarat sambil minum bersama rakan sekerja. Sengjakala Cafe x Kopi Saigon juga menjual dessert dan kek untuk sesiapa yang ingin menyambut hari lahir atau anniveseri perkahwinan mereka. Selain Itu, mereka juga boleh membuat hiasan belon untuk menyambut hari lahir di kedai tersebut untuk meraikan rakan dan orang kita cintai. 


Sengjakala Cafe x Kopi Saigon juga beroperasi juga pada hari istimewa seperti hari raya dan pada bulan puasa. Mereka juga mengadakan promosi minuman dan makanan. Hal ini akan menarik lagi pelanggan untuk mencuba Sengjakala Cafe x Kopi Saigon ini. Di samping itu, tempat untuk pelanggan juga agak banyak dan yang ingin makan di luar untuk mengambil angin juga disediakan. Sesetengah pelanggan ingin menikmati angin luar mereka akan duduk di luar manakala pelanggan yang ingin kesejukan boleh berada di dalam kedai. Kelengkapan dan pekerja di Sengjakala Cafe x Kopi Saigon dapat menambah kepuasan hati pelanggan. Kesemua pekerja di kedai ini sangat ramah dan ceria untuk menyambut pelanggan di Sengjakala Cafe x Kopi Saigon. Dengan keunikan penggabungan Sengjapkala Cafe x Kopi Saigon telah memberikan keunikan di Dungun dan satu -satunya kedai makan yang membuat gabungan dengan francais.








Comments

Popular posts from this blog

AURORA CAFE

KEDAI KOPI KUALE

KOPI KUALA DUNGUN