Posts

KOPI KUALA DUNGUN

Image
Rajah 1      Kopi Kuala Dungun merupakan kedai makan yang menjual kopi kampung dan makanan yang menarik serta mempunyai rasa yang berbeza dengan kedai kopi yang lain. Nama asal Kopi Kuala ialah Kopi Pondok sebelum mempunyai kedai. Kopi Kuala beroperasi di tepi jalan dan mereka membuat konsep "Drive-Tru" pada tahun 2021. Kedai kopi kuala Dungun terletak di kampung cina dan suasana kedai yang klasik dan menarik telah memberi tarikan kepada orang ramai. Pelanggan tertarik dengan suasana kedai Kopi Kuala Dungun dan kebanyakan pelanggan di kedai Kopi Kuala dari setiap umur dan semua bangsa tidak kira melayu, cina, India dan pelancong yang dari negara lain. Kedai Kopi Kuala mempunyai menu special sepeti english breakfast, lontong, mee soto dan pelbagai lagi makanan yang menarik. Selain itu, mereka juga menjual air special seperti kopi kuala, kopi klasik dan kopi kopi pondok. Kesemua kopi kampung ini diperbuat daripada kopi kampung dan mempunyai rasa yang berlemak dan manis. Nam...

AURORA CAFE

Image
Rajah 1 Aurora cafe terletak di jalan pantai Sura, Kampung Sura Jeti, Dungun yang merupakan kedai makan yang berasaskan kampung melayu. Aurora cafe juga menjual makanan dan minuman serta kuih-muih yang sedap dan menarik. Sebagai contoh, mereka menjual makanan seperti mee kari, laksa kuah putih, bihun goreng alola dan mereka juga menjual makanan ringan dan kuih yang menarik seperti keropok lekor, puding caramel, pulut gaul nyor. Selain itu, mereka juga menjual makanan english seperti pasta, chicken wings, dory fillet burger dan lain-lain. Aurora cafe beroperasi pada hari setiap hari kecuali hari rabu dan beroperasi pada pukul 9 pagi sehingga 7 malam. Mereka beroperasi pada waktu pagi kerana kebiasaannya pelanggan akan memcari makanan yang berat dan ingin bersarapan dengan keluarga dan pelanggan yang pergi bekerja. Suasana di Aurora cafe juga menunjukkan ketenangan dan harmoni kepada pelanggan yang ingin melepak bersama rakan dan keluarga untuk meluangkan waktu bersama.    Rajah...

SENGJAKALA X KOPI SAIGON

Image
     Sengjakala merupakan kedai gabungan kopi saigon mereka menggunakan konsep gabungan untuk menarik pelanggan. Mereka membuat kelainan yang tidak semua kopi saigon mempunyai cafe di dalam. Sebagai contoh, kopi saigon kebiasaanya merupakan kedai minuman yang menjual kopi kampung dan air yang lain. Dahulu sengjakala tidak wujud lagi sehingga lah pada tahun 2025 pemilik kopi saigon di Dungun menciptakan kelainan dengan menggabungkan Kopi saigon dan sengjakala. Hal ini pelanggan dapat menjamu makanan dan minuman di Kopi Saigon x Sengjakala. Dengan gabungan ini memberi keunikan kepada Kopi Saigon dan dapat menarik minat pelanggan untuk singgah ke kedai. Selain itu, waktu beroperasi Kopi Saigon dan Sengjakala adalah berbeza. Sengjakala cafe beroperasi pada pukul 1 petang sehingga 10 malam dan pada hari ahad Sengjakala Cafe tidak beroperasi tetapi Kopi Saigon sentiasa beroperasi walaupun Sengjakala Cafe tutup pada hari ahad. Kopi Saigon juga melakukan pembukaan pop-up booth se...

JUNECAFE

Image
Jun Cafe merupakan kedai yang menjual pelbagai minuman dan pencuci mulut. Jun cafe merupakan kedai yang kecil tetapi sangat tenang dan minuman disini sangat sedap. Cafe ini berhadapan dengan pantai dan pelanggan akan menikmati pemandangan yang cantik dan tenang sambil minum kopi. Lokasi Jun Cafe ialah Jalan Pantai Sura dan bersebelahan dengan kedai Skymaze. Jun Cafe amat popular dikalangan pelajar Uitm Dungun kerana kedainya juga berada berdekatan dengan Uitm Dungun. Selain itu, pelanggan yang minat dengan minuman kopi dan matcha boleh mencuba dan merasai di Jun cafe. Di samping itu, pelanggan yang ingin melepak dengan rakan dan keluarga juga boleh datang ke Jun Cafe kerana mereka telah menyediakan ruang dan tempat duduk di hadapan kedai di bawah pokok dengan suasana yang tenang dan berangin. Mereka mula beroperasi pada tahun 2025 dan tutup pada hari selasa. Mereka juga beroperasi pada pukul 4 petang sehingga 11malam. Terdapat pelabagi jenis air yang disediakan di Jun Cafe iaitu Spanis...

KEDAI KOPI KUALE

Image
  Rajah 1      Kedai Kopi Kuale terletak di belakang kedai buku Ariffin dan kedainya di tepi jalan. Tempat letak kenderaan agak terhad tetapi makanan dan minuman disini sangat sedap. Kedai ini tidak sama dengan kedai Kopi Kuala Dungun dan mempunyai kelainan antara dua kedai ini. Pemilik antara kedai Kopi Kuale dan Kopi Kuala juga lain dan perbeza. Kedai Kopi Kuale ini menyediakan pelbagai jenis makanan cina dan minuman kampung. Kepada pelanggan yang peminat mee dan kudapan roti boleh datang ke Kopi Kuale kerana mereka menyediakan makanan yang sedap dan setiap hidangan mempunyai keunikan yang berbeza dan menarik. Pelanggan di Kopi Kuale kebiasaanya ialah warga emas dan orang muda serta berkeluarga. Kedai Kopi Kuale beroperasi pada pukul 7.30pagi sehingga 2petang. Kedai Kopi Kuale menggunakan konsep sarapan pagi dan tidak buka pada waktu petang.  Rajah 2      Kedai Kopi Kuale merupakan sebuah kedai yang kecil dan telah menjadi destinasi penduduk Dun...